Mommy Diaries Off Air

Gelagat Ibu yang Baru Habis Pantang

April 24, 2016

Dah habis pantang ni, macam-macam yang teringin dibuat. Biar saya senaraikan:

1. Membawa Kereta Buat Kali Pertama

Bukan setakat menikmati makanan yang sebelum ini terlarang, malah nak bawak kereta untuk kali pertama sejak bersalin pun menjadi detik yang dinantikan. Baru-baru ni, saya menjadi orang yang terlebih excited tu. Pacu kereta, pasang lagu, nyanyi sorang-sorang seperti yang saya selalu buat.

2. Melawa

Saya tak pandai bermekap. Bersolek secara simple² boleh la. Jikalau saya membaca berita, slot bersolek itu lah yang saya nanti²kan sebelum LIVE ke udara.

Jadi, disebabkan terlalu rindu untuk didandan, saya pun telah memanggil rakan MUA – yang saya sangatttt suka hasil kerjanya – untuk memekapkan saya. Tapi…bukan tanpa sebab, ada tujuan sebenarnya. 🙂

IMG_1342

3. Projek Kemas Rumah

Disebabkan terlalu lama terperap di rumah, bermula lah Projek Kemas Rumah! Tiba-tiba nak susun aksesori la, nak susun beg la. Bagus jugak. Sindrom ni pun boleh terjadi bila dah nak dekat bersalin, naluri ibu yang tahu.

4. Nak Pegi Mall!

Setelah tak keluar dalam masa lebih kurang 2 bulan, rindu nak dress up (dan ambil gambar OOTD banyak²) untuk jalan² pegi mall. Bermimpi lah jalan² di KLCC, Pavilion, One Utama. Tapi sabar…lebih afdal membawa baby keluar bila dia dah besar sikit. Saya pernah baca, selepas umur 12 minggu dah okay dah. Bukan apa, di luar kan banyak kuman jahat terutama tempat orang ramai, dan sistem imun baby masih lagi lemah.

5. Baby Punya OOTD

Baby pun ada OOTD! Macam-macam baju si ibu nak pakaikan untuk baby kan. Lepas tu ambil gambar. Wajib. Tak kira upload ke media sosial atau tidak, tapi dalam phone dah ada album khas untuk gambar-gambar ni. Sebenarnya, sebelum habis pantang pun dah start bukak album ni. Untuk kenangan bila baby dah besar nanti. 🙂

Bercakap pasal baby punya OOTD, kita kena berhati-hati jugak. Terutama jika baby masih lagi diklasifikasi sebagai newborn, iaitu untuk 28 hari yang pertama. Tidak disyorkan untuk melebih-lebih sangat aksesori yang dipakainya pada peringkat awal dalam alam newborn-nya. Umpamanya, headband baby. Kepala baby pada masa ini sangat fragile dan lembut, lebih baik dibiarkan dulu.

6. Keseronokan Memakai Baju Lama

Semasa peringkat terakhir mengandung, my wardrobe had to totally change. Memang terpaksa keluarkan duit untuk beli baju ibu mengandung, tapi tidak lah beli banyak sebab untuk sementara waktu je.

Tapi sekarang…bestnyaaaa dapat pakai balik baju lama! Tiba-tiba jadi bertambah kreatif dalam koordinasi baju.

Walaupun seronok dah tak perlu berpantang lagi, tapi rindu la masa mengandung!

You Might Also Like