Current Affairs Off Air

Trump dan Beauty & the Beast

March 18, 2017

 

Masih lagi tak boleh ‘move on’. Haha. But it’s the inevitable.

Nukilan ini sepatutnya disiarkan di blog saya sejurus selepas Pilihanraya Presiden US pada November. Tetapi kerana sikap saya yang berlengah-lengah, tulisan saya ini sekarang menjadi bahan sempena pentadbirannya untuk 100 hari pertama. Haha.

Seperti yang dijangka, berita kemenangan calon parti Republikan, Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) yang diumumkan pada Januari tidak putus-putus disiarkan di saluran berita antarabangsa seperti CNN, BBC dan Sky News sehingga hari ini. Masih hangat disiarkan hari ini, adalah tentang halangan kemasukan rakyat dari 6 buah negara Muslim, walaupun mempunyai visa sah.

(Trump seterusnya akan dirujuk sebagai T — singkatan ala-ala Gossip Girls.)

Tidak pernah dalam sejarah pemilihan presiden AS, rakyatnya begitu sedih dan kecewa dengan keputusan pilihanraya presiden. Malah, pihak media antarabangsa yang selalunya/sepatutnya memaparkan sudut pandangan yang neutral kelihatan begitu berat sebelah, seolah menidakkan kemenangan T. Atau mungkin juga, mereka sedang bermain-main dengan T yang terkenal dengan sifatnya sebagai seorang ‘drama king’ yang sangat ‘theatrical’. Don’t forget, the media loves this kind of people.

Saya pernah tinggal di AS untuk satu tempoh yang agak lama dan saya faham apa yang dikatakan sangat ‘great’ tentang AS:

They embrace diversity

Banyak orang dari negara asing memilih untuk berhijrah dan menetap di AS bagi mengecapi ‘American Dream’ mereka. Mengapa AS? Di sana, mereka diberi akses kepada pelbagai kemudahan dan kelebihan seperti peluang pekerjaan dan pendidikan. Proses mendapatkan kerakyatan/visa tidak terlalu ketat seperti di sesetengah negara. Selain itu, secara amnya rakyat di sana mudah menerima dengan terbuka kemasukan orang luar yang hanya mengimpikan kehidupan yang lebih baik, yang tidak dapat dicapai di negara sendiri.

Semasa bersekolah di sana, saya berpeluang mengenali rakan-rakan dari pelbagai pelosok dunia sehingga diwujudkan ‘International Day’ anjuran sekolah setiap tahun, untuk meraikan kepelbagaian bangsa dibawah satu bumbung. Pada hari sambutan, saya bersama sahabat-sahabat tanah air memakai baju kurung/baju Melayu ke sekolah dan menjadi peragawan/peragawati. Kami juga pernah mempersembahkan tarian tradisional Melayu di atas pentas.

Bercakap tentang sekolah, taraf sekolah awam di sana hampir sama dengan sekolah antarabangsa di sini (cuma di Malaysia, yuran yang tinggi perlu dibayar!). I feel so lucky to have studied there during my prime years of childhood. Ini membawa saya kepada perkara seterusnya…

Sebelum itu, saya mencelah sedikit…

…jadi, tidak hairan apabila T meluahkan hasratnya untuk menutup sempadan di selatan AS untuk menghalang kemasukan orang Mexico mengundang kemarahan orang ramai. T bimbang orang-orang Hispanik ini akan meningkatkan lagi kadar jenayah. T melemparkan suatu kenyataan yang tidak masuk akal, iaitu satu tembok perlu dibina di sempadan ini dan perlu dibiayai oleh negara Mexico. Tidak cukup dengan itu, T juga telah melaksanakan larangan kemasukan rakyat dari 6 buah negara Muslim ke AS, selagi mereka tidak dapat mencari jalan penyelesaian untuk menangani isu terrorisme. Perkara ini mendapat tentangan hebat daripada rakyat jati Amerika sendiri, termasuk hakim-hakim mereka.

Sebagai orang Muslim, kita marah dan cukup terasa. Hakikatnya, langkah-langkah ini tidak realistik. Terrorisme dan jenayah boleh berputik daripada sesiapa sahaja, tidak mengira bangsa dan agama.

Baik, point yang seterusnya…

Sistem Pendidikan yang Baik

Semasa belajar di peringkat sekolah rendah, kami tidak hanya tertumpu kepada buku teks dan tidak pernah diperkenalkan dengan ujian atau peperiksaan mingguan/bulanan. Sebaliknya, kami ditekankan dengan elemen kebebasan dan kreativiti. Kami diajar untuk berfikir di luar kotak dan sering dibawa ke luar bilik darjah untuk mempelajari sesuatu. Mungkin anda tertanya, bagaimana pula kami dinilai? We were in primary school (or elementary, as they call it there), so there was no need for an in-depth academic assessment just yet. Peperiksaan hanya diperkenalkan apabila memasuki middle school. 

Guru-guru di sana sangat berdedikasi. Mereka mengambil berat tentang anak-anak murid mereka daripada pelbagai aspek. Memang ada yang garang, tetapi kebanyakan mereka sangat mesra dan mudah didekati.

Walaupun tidak dihujani dengan ujian dan peperiksaan pada peringkat awal persekolahan, sistem pendidikan di sana sangat mengambil serius tentang isu kedatangan. Ibu bapa akan segera dihubungi jika terdapat pelajar yang lewat (tardy) atau tidak hadir ke sekolah. Perkara ini dan juga hal keselamatan pelajar tidak diambil remeh.

Another thing I like about schools in the US is how they prepare our lunches. Pada peringkat sekolah rendah, tiada kantin atau kafeteria di dalam bangunan. Malah, kami makan di dalam gimnasium. Makanan disediakan oleh pihak luar mengikut menu bulanan yang telah diberi terlebih dahulu. Makanan berkhasiat disaji dan dipek dengan baik, sambil menitikberat soal kebersihan. Makanan untuk vegetarian juga disediakan.

Suasana sekolah di sana sangat ceria, dipenuhi dengan hiasan warna-warni. Bukan seperti dalam movie Matilda yang memaparkan seorang guru besar yang menakutkan dan kelas-kelas yang gelap yang berdinding kosong. Hehe. Perpustakaan di sana juga menakjubkan; dilengkapi dengan ribuan buku dan disediakan reading corner beserta rocking chair untuk diduduki cikgu pustakawan semasa storytelling.

Perspektif yang lain pula… 

Pentadbiran T mendapat hentaman hebat kerana polisinya terhadap rakyat dari 6 buah negara Muslim yang disenaraikan. Alasan T adalah untuk memelihara kepentingan rakyat AS sendiri, yang sepatutnya menjadi keutamaan. Yes, this makes sense. Bagaimanapun, pada masa yang sama, tidak boleh dilupakan AS merupakan free world yang menawarkan pelbagai peluang kepada pendatang asing sejak berkurun lagi. Negara AS dibina atas asas ini dan tidak boleh disangkal ekonomi mereka juga dijana oleh imigran-imigran yang dimaksudkan ini.

Akan tetapi, tidak boleh disangkal juga, keadaan tenat dikalangan rakyatnya sendiri untuk mendapatkan pekerjaan dan kemudahan perubatan umpamanya. AS mempunyai hutang negara yang sangat tinggi dan sedang mengalami pendarahan wang yang teruk. Walaupun T tidak mempunyai percakapan seperti seorang presiden yang berkalibar, tetapi mungkinkah dialah orangnya yang dapat menyelamatkan keadaan ini? T merupakan seorang usahawan masyhur dan dikatakan mempunyai ilmu pengetahuan tentang wang dan ekonomi yang sangat meluas. Berbanding ahli-ahli politik yang sebelumnya, adakah dengan ilmu ini T dapat membawa perubahan? T juga mahu menarik balik tenteranya di luar negara untuk kembali ke ke tanah air, kerana peperangan hanya membazirkan duit cukai yang dibayar rakyatnya. Jika benar T mahu askar-askarnya pulang, ini sesuatu yang bagus kan? Mungkin tiada lagi pertumpahan darah seperti yang kita lihat berlaku di negara-negara Asia Barat (Timur Tengah).

There are two ways of looking at T’s ways of executing his duties as president. Patutkah T mengutamakan rakyatnya sendiri sahaja, atau meneruskan kehebatan AS sebagai free world?

Jika T memilih yang former, kehidupan banyak keluarga imigran akan terjejas, termasuk generasi akan datang. Tetapi patutkah T menjadi seorang presiden yang selfish? Jika T memilih yang latter, kebajikan rakyatnya sendiri pula mungkin tidak dapat diperbaiki.

Pada pendapat saya, sukar dibandingkan dengan keadaan di Malaysia kerana negara kita jauh lebih kecil dan tidak dapat menawarkan peluang pekerjaan pada skala yang besar kepada orang luar. Itu pun, kita sudah lihat ramai pekerja asing di sekeliling kita.

Bukan setakat mereka yang berada di AS, tetapi keputusan-keputusan yang diambil dan polisi yang dilaksanakan oleh T sememangnya memberi kesan kepada rakyat Malaysia. Contohnya, proses mendapatkan visa untuk pergi ke sana mungkin lebih ketat selepas ini. Lebih-lebih lagi, jika anda seorang Muslim. Penarikan diri oleh AS daripada TPPA juga boleh memberi kesan dan tempias kepada ekonomi kita.

What’s next? Tunggu sahaja lah apa yang akan diperkatakan T pada akaun Twitter-nya. Hahahahaha.  

Empat tahun yang seterusnya akan memperlihatkan perjalanan pentadbiran yang menarik. Kita lihat.

*           *           *

T dikritik kerana polisi-polisinya yang tidak inclusive. Ramai pihak yang terkesan secara negatif, atas perbezaan bangsa, jantina, agama dan cara hidup.

Inclusiveness — alasan yang diberi baru-baru ini oleh pengarah filem Beauty and the Beast untuk menjadikan satu karakter dalam cerita ini berperwatakan diluar arus perdana. Perkara ini sangat sensitif dikalangan masyarakat, terutamanya apabila melibatkan filem yang diminati kanak-kanak. Disebabkan karakter ini, lembaga penapis negara memotong satu adegan yang memaparkan ‘kelainan’ ini, sebelum diberi kebenaran untuk ditayangkan. Disney (HQ) bagaimanapun, tidak menerima suntingan yang dibuat dan tidak melepaskan filem ini ke pawagam.

Rata-rata, ramai yang mengutuk langkah yang diambil lembaga penapis. Antara alasan mereka – penonton tidak akan mudah dipengaruhi, adegan yang dipotong tidak menggambarkan sesuatu yang tidak baik dan banyak cerita yang lain (termasuk filem tempatan) yang membawa elemen negatif tetapi tidak ditapis pula.

Beauty and the Beast adalah filem Disney kegemaran saya. Saya bertuah kerana telah mendapat peluang untuk melihat dan merasai keseronokan Disneyland dan Disneyworld buat beberapa kali. Tiap kali ke sana, barangan Beauty and the Beast yang dibawa balik. Kami anak 90an, kami mengenali cerita ini sejak dikeluarkan dalam bentuk pita video.

Tetapi, sebagai seorang ibu, saya memahami tindakan lembaga penapis. Bukan kerana saya tidak suka watak yang menjadi kontroversi itu. Tidak sama sekali. Kalau mahu bercakap tentang golongan yang saya tidak suka, sudah tentu mereka ini tergolong dalam kategori penjenayah, pengkhianat, pembuli, pendengki dan tidak terlepas juga ‘penggosip-penggosip’ yang suka memburukkan orang lain tanpa sebab munasabah. Haha.

Saya memahami tindakan yang diambil kerana filem ini akan ditonton oleh beribu-ribu kanak-kanak, anak-anak, pelajar sekolah dan sebagainya. Saya fikir, mungkin tindak-tanduk dan dialog yang ditonjolkan watak yang disebut-sebut itu, tidak akan dapat ditafsir oleh golongan muda ini. Mungkin terlalu awal untuk perkara ini ‘diperkenalkan’ kepada mereka.

Perkara ini sangat sensitif dan berkait dengan soal agama. Tetapi saya bukan Tuhan, dan saya bukan disini untuk menghukum. Setiap manusia hanya mampu menjadi contoh yang terbaik untuk orang-orang disekeliling, termasuk anak-anak kita. Sebagai seorang ibu, saya mahu anak saya menerima kehadiran pelbagai jenis orang di dunia ini, dengan pengecualian mereka yang mempunyai niat jahat, of course. Tetapi, pasti ada cara dan masa yang terbaik untuk diajar kepadanya bahawa setiap manusia berbeza. Cara dan masa yang dipilih boleh memberi kesan jangka panjang kepada anak kita. Jadi, ada logiknya apabila Rusia hanya membenarkan golongan dewasa menonton filem ini.

Buat kami di sini, relaks.

Disney, lepaskan lah filem ini ke pawagam!!! 😉

You Might Also Like