Mommy Diaries Off Air Shopping

Pengalaman Pertama di Jungle Gym Atria!

December 22, 2017

Pertama kali menjejak kaki ke dalam Atria Shopping Gallery, saya dapat selami isi hati ibu bapa lain yang gemar membawa anak-anak ke sini. Selain daripada tempat permainan yang besar, kompleks membeli-belah ini tidak dikunjungi dengan begitu ramai orang walaupun pada waktu hujung minggu.

Kami ke situ pada hari Ahad untuk play date bersama kawan-kawan kami dan anak mereka, dan kami dapati suasana begitu tenang dan tidak sesak. Quite heavenly I must say, for a parent.

Pada zaman sebelum mempunyai anak, proses pemilihan kompleks membeli-belah tidak sukar. Kini, banyak faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum ke suatu lokasi:

🛍 Tempat Letak Kereta
Jika boleh, tempat letak kereta mestilah luas, tidak sesak dan mudah untuk dicari tempat yang berdekatan dengan lif. LIF!!! Lif adalah titik tempat yang sangat penting. Maklumlah, jika ada anak kecil, semestinya ada stroller. Kalau pilihan valet wujud pun, tidak menjadi pilihan saya jika bersama anak. Mengapa? It takes time to get out of the car! Perlu pakaikan kasut anak, pastikan semua barang tersimpan di dalam beg, perlu bawa keluar stroller dan sebagainya. Ini belum cerita lagi jika anak tengah meragam.

Antara kompleks membeli-belah yang mempunyai tempat letak kereta yang ideal buat mereka yang berkeluarga adalah The Curve. Di situ, ada seksyen yang dikhaskan untuk mereka yang mempunyai anak. Seksyen yang disediakan sangat strategik kerana berdekatan akses ke lif. Terdapat juga tempat parkir khas untuk wanita yang berseorangan samada bersama anak atau tidak.

🛍 Tidak Menjadi Tumpuan Terlalu Ramai Pengunjung
Sesetengah kompleks membeli-belah terkenal dengan keadaan yang sesak, mungkin kerana lokasinya, bilangan kedai yang banyak dan sebagainya. Tempat-tempat seperti ini kami akan cuba elakkan. Bila sesak macam ni, anak-anak pun tidak selesa, lebih terdedah kepada bakteria dan virus dan sukar untuk diperhati jika mereka berlari ke sana sini. Atria memenuhi kriteria ini, iaitu tiada ramai pengunjung! 🙂

🛍 Bilik Baby yang Selesa
Ini juga sangat penting! Terutama jika kita membawa bayi kecil yang sentiasa memerlukan fasiliti bilik tukar lampin. Bilik ini mestilah bersih dan senang diakses walau di tingkat mana kita berada. Antara bilik baby yang saya pernah kunjungi dan kagum adalah di KLCC (belakang Maybank). Ia terbahagi kepada dua seksyen, satu untuk menukar lampin dan satu lagi untuk menyusu.

🛍 Banyak Kedai Kanak-kanak
Senarai barang untuk dibeli buat anak-anak, berderet nombornya! Sebagai ibu bapa, kami suka pergi ke satu tempat di mana semua yang diperlukan boleh didapati. Bukannya apa, takut tenaga pun dah habis, tak sempat nak ke mana lagi. Hehe. Selalunya, kedai barangan kanak-kanak terkelompok di tingkat/tempat yang sama. This is good! Di Atria, kedai kanak-kanak berada di tingkat yang sama dengan tempat permainan terkenal — Jungle Gym!

P/S…Kedai Mothercare di sana agak besar juga!

Okay, back to our Jungle Gym story! Walaupun di koridor-koridor kedai Atria agak sepi pada petang Ahad itu, sejurus melangkah ke dalam Jungle Gym, memang benar seperti di hutan liar! Akan tetapi, bukan dipenuhi dengan binatang-binatang liar, tetapi kanak-kanak riang yang berlari ke sana sini, menangis, menjerit dan membaling barang. Emosi anak perempuan kami yang mula-mula moody kini bertukar teruja. Uh-oh. The little monster is about to unleash herself!

Pengalaman ke Jungle Gym ini merupakan kali yang pertama kami membawa anak ke tempat permainan yang besar dan perlu dibayar. Jika anda ingin membawa anak ke tempat permainan seperti ini buat julung-julung kali, here are some things you should know:

🏃 Harga
Harga kemasukan ke Jungle Gym adalah berpatutan dan pada pendapat saya, tidak lari daripada harga kebiasaan di tempat-tempat lain. Harga yang dibayar bagi dua orang dewasa dan seorang kanak-kanak dibawah umur 2 tahun, beserta tiga pasang stokin adalah dalam lingkungan RM60. Harga adalah berbeza dan lebih mahal apabila seorang kanak-kanak mencapai umur 2 tahun.

🏃 Stokin
Sudah pasti, pemakaian kasut tidak dibenarkan di dalam tempat permainan. Saya tidak pasti dengan peraturan di tempat lain, tetapi jika di Jungle Gym Atria, kami perlu memakai stokin buat sesiapa yang memasuki kawasan permainan. Kerana tidak ketahuan dengan peraturan ini, kami membeli stokin di situ sahaja. Anda boleh membawa stokin sendiri dari rumah dan untuk anak-anak – pastikan stokin ini adalah stokin ‘anti-slip’ yang mempunyai getah di bahagian tapak kaki.

🏃 Nak Bawa Masuk Stroller ke?
Memang dibenarkan membawa stroller masuk, tetapi ia perlu diparkir di bahagian entrance (tanpa dikunci atau disimpan di dalam bilik, etc.). Jika anda seorang yang sangat berwaspada dengan barang-barang kepunyaan anda, saya syorkan untuk menyimpan stroller di dalam kereta sementara waktu. Tetapi beg-beg kecil boleh dibawa dan disimpan di dalam locker.

🏃 Lekatkan Mata Anda Pada Anak!
ALWAYS keep a watchful eye over your kids while they’re playing. Walaupun dikerumuni dengan kanak-kanak lain dan ibu bapa lain, we never know what can happen. Jika anak anda kecil lagi, pastikan mereka tidak wander off ke tempat untuk kanak-kanak yang lebih besar, kerana keadaan ini boleh menjadi bahaya.

🏃 Kafe
Jika anda lapar semasa di sana, usah risau. Tidak perlu keluar pun. Terdapat makanan yang dijual dan juga tempat duduk. Walau bagaimanapun, makanan tidak dibenarkan masuk ke kawasan permainan. Tetapi, makanan yang dijual hanyalah basic dan lebih baik jika anda boleh membawa makanan dan kudipan kegemaran anak anda dari rumah.

Selain kafe, terdapat juga ruangan khas untuk tujuan majlis hari jadi.

🏃 Bersedia Untuk Penat!
Penat dan letih menjadi lumrah buat semua ibu bapa. Tetapi, tahap kepenatan yang anda akan alami setelah menghabiskan satu sesi di tempat permainan adalah lebih tinggi! Just prepare yourselves, that’s all. Hehe. Jika jadual diatur dengan baik, penat ini mungkin boleh dikurangkan — aturkan masa bermain, shopping, makan dan waktu balik dengan kesesuaian masing-masing.

Kesimpulannya, we had a blast at Jungle Gym Atria! I would recommend this place to other parents. Tempatnya bersih, besar dan sentiasa dipantau kakitangan mereka. Weeeeeee….!!

 

 

You Might Also Like